majlis ni diadakan pada hari jumaat bersamaan 12hb Jun 2009 dan Sabtu bersamaan 13hb Jun 2009 di Kota Kuala Muda, Kedah.. so aku balik kampung la pada hari tersebut.. kak Huda ni adalah sepupu sebelah hubby aku.. anak kepada mak ngah hubby aku.. itu la yang kita org balik juga walaupun tgh2 bulan kan.. layan la gambarnya,,,..
Gelagat nie aku rakam mlm 30hb april lepas.. masa aku tgh bagi dorg makan.. tujuannya ada dua.. 1 sebab nak rakam sebagai kenangan dorg nanti.. yang ke 2 sebab aku nak hantar masuk peraduan dalam sinar fm.. hehehe..
seronok tengok gelagat dia orang ketika makan.. macam2 pesen.. masa mula2 aku perkenalkan makanan pejal ni pada anak-anak aku tue dia orang macam tak berapa nak makan la.. macam2 jenis aku cuba.. perasa buah-buahan la.. biskut la.. yang jenis segera dalam botol la.. semua aku beli.. tapi tak juga nak.. last-last aku beli Nestle yang beras tue.. baru la ok.. yang adik tue makan je bila aku suapkan.. tak banyak songeh juga la.. tapi yang abang nie dia macam nak main2 sikit.. dia nak makan tapi macam tak nak.. ada sekali tue aku ingatkan dia tak nak sebab bila aku suapkan je dia sembur2kan je.. habis comot mulutnya.. pastu aku stop la.. sebab mak aku kata budak2 kalu dia tak nak dia sembur je makanan tue pas tue buat macam dia nak muntah..so aku tak bagi kat dia dah la.. bagi kat adik je.. sekali dia nangis.. bila aku suap je terus senyap.. baru la aku tahu dia nak makan tapi dalam masa yang sama dia nak main.. bila dorg nie kenyang dorg akan buang semua makanan yang aku suap tue.. bila kita masukkan balik sebab ingatkan meleleh masa dia orang nak menelan.. dia orang akan luahkan balik juga.. pastu dia orang akan buat mcam nak muntah tue.. mcam yang mak aku kata la.. so aku stop la.. memang berbaloi la bagi makanan pejal nie.. sebab bila tido malam tido lena.. tak kerap terjaga dah..
Hari aku ke Klang menhadiri majlis pertunangan anak sedara aku.. tunangnya tue budak kelantan..
dorg masa tunang je dah bagi separuh dari duit hantaran tue.. hantaran anak sedara aku nie 7k.. so pihak lelaki dah bawa td dalam 3k.. senang la yek nak wat belanja beli brg kan.. hehehe..
Ketika majlis lawatan Menteri & timbalan wat lawatan ke jabatan aku.. so kami semua staf kena la menyambut kedatangan beliau..
ni gambar2 sekitar majlis sambut..
lawatan Tapak ni di Besut Terengganu.. Sambil menyelam minum air.. sebab tue la jalan-jalan skali..
Most recent comments... (In posting order)
>> welcome to fp...
Tue 28-Apr-2009 16:21 Posted by:<< jeff >> - [Link]
WELCOME TO FP...SALAM KENAL2...WAHH DEKAT BESUT KER..DAH DEKAT NGAN HOMESTAY KITER TUHH...KALAU NAK PEGI LAGI LEH ARR BOOKING UMAH KITER... KLIK SINI>>>>http://atzhomestay.blogspot.com